Thursday, July 30, 2009

Fawakih Program

Post ni pun tuk Tijah. Ko ada kakak Jah? Kalo tak de anggap la akak cam akak kandong kau ye. Walaupun kita tak mungkin berjumpa. Sesama malu kan Jah kan. Ko nak apa2 dari US Jah? Kalo hat yg murah2 tu bole akak beli kat ko. Jgn mintak Prada ngan Coach dan sewaktu dgn nye sudah. Kang kempes je beg duit akak. dah la memang kempes semenjak dua menjak ni.

Anyway semalam akak gi lecture, ceramah ugama la kira kalo kat mesia. Ko gi google Fawakih Jah. Bagus bebudak ni Jah. Muda2 lagi tapi kuat kerja utk Islam. Bagus kan Jah cam tu. Muda2 lagi dah nak buat menda baik2, jaga kesihatan spiritual siang2 lagi, tak tunggu dah tua yek Jah. Pastu tu didunia pun berjaya gak... tengok CV ey macam bagus je Jah.

Cam ni org Islam yg kita nak, kan Jah. Yang berkerja kuat utk Islam (utk saham2 akhirat) dan berjaya / kerja kuat utk dunia. Pastu tu ceramah nye bagus Jah, first class, tak de idea2 yg menyempitkan kepala hotak. liberal cam tu. tapi tak la liberal cam semua boleh. Ni liberal membuka minda cam tu. idea2 cam ni la kita nak Jah, contoh nye idea yg kita kena buat baik dan adil kat org lain tak kira la org tu bangsa apa atau cakap bahasa apa, semua kita tolong kalo depa dlm kesusahan cam tu. tak tolong hanya org kita, ada priority cam tu. itu satu. satu lagi konsep buat semua menda sebab Allah suka kita buat menda tu. walaupun menda yg kita buat tu hanya setakat menyapu sampah kat luar rumah. contoh la tu. niat kita sapu sampah sbb nanti rumah bersih. carlos suka, sazah suka, hati lapang kan rumah bersih. pastu ko dpt la pahala jah sbb Tuhan suka kau suka kan hati carlos dgn sazah. cam tu la lebih kurang. apa2 je la ko buat pasang niat siang2.

Akak tahu la kau buat lebih lagi dari tu Jah, manyak dah pahala kau Jah. Ada hadis sahih tu kan Jah, nabi cakap kalo Tuhan sayang kat kau Jah semua menda dilangit dan dibumi sayang kat kau, termasuk la malaikat yg dilangit dan manusia, binatang2 dan pokok2 semua2 la yg Allah ciptakan sayang kat ko. so much love Jah oi!!!!

ok la ye Jah esok2 cerita lagi.