Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

Thursday, July 30, 2009

Fawakih Program

Post ni pun tuk Tijah. Ko ada kakak Jah? Kalo tak de anggap la akak cam akak kandong kau ye. Walaupun kita tak mungkin berjumpa. Sesama malu kan Jah kan. Ko nak apa2 dari US Jah? Kalo hat yg murah2 tu bole akak beli kat ko. Jgn mintak Prada ngan Coach dan sewaktu dgn nye sudah. Kang kempes je beg duit akak. dah la memang kempes semenjak dua menjak ni.

Anyway semalam akak gi lecture, ceramah ugama la kira kalo kat mesia. Ko gi google Fawakih Jah. Bagus bebudak ni Jah. Muda2 lagi tapi kuat kerja utk Islam. Bagus kan Jah cam tu. Muda2 lagi dah nak buat menda baik2, jaga kesihatan spiritual siang2 lagi, tak tunggu dah tua yek Jah. Pastu tu didunia pun berjaya gak... tengok CV ey macam bagus je Jah.

Cam ni org Islam yg kita nak, kan Jah. Yang berkerja kuat utk Islam (utk saham2 akhirat) dan berjaya / kerja kuat utk dunia. Pastu tu ceramah nye bagus Jah, first class, tak de idea2 yg menyempitkan kepala hotak. liberal cam tu. tapi tak la liberal cam semua boleh. Ni liberal membuka minda cam tu. idea2 cam ni la kita nak Jah, contoh nye idea yg kita kena buat baik dan adil kat org lain tak kira la org tu bangsa apa atau cakap bahasa apa, semua kita tolong kalo depa dlm kesusahan cam tu. tak tolong hanya org kita, ada priority cam tu. itu satu. satu lagi konsep buat semua menda sebab Allah suka kita buat menda tu. walaupun menda yg kita buat tu hanya setakat menyapu sampah kat luar rumah. contoh la tu. niat kita sapu sampah sbb nanti rumah bersih. carlos suka, sazah suka, hati lapang kan rumah bersih. pastu ko dpt la pahala jah sbb Tuhan suka kau suka kan hati carlos dgn sazah. cam tu la lebih kurang. apa2 je la ko buat pasang niat siang2.

Akak tahu la kau buat lebih lagi dari tu Jah, manyak dah pahala kau Jah. Ada hadis sahih tu kan Jah, nabi cakap kalo Tuhan sayang kat kau Jah semua menda dilangit dan dibumi sayang kat kau, termasuk la malaikat yg dilangit dan manusia, binatang2 dan pokok2 semua2 la yg Allah ciptakan sayang kat ko. so much love Jah oi!!!!

ok la ye Jah esok2 cerita lagi.

Tuesday, July 28, 2009

Post utk Tijah




Post utk Tijah

Salam Jah, akak nak jadikan kau inspirasi la Jah. Meh la akak ceta sket pasal akak ye.

Lama dah akak duk US Jah oi, ada la dekat 25 tahun. umor pun dah 40 lebih. kekawan akak semua habih setadi semua balik. akak kat sini lagi. anak pun dah besa2 dah Jah.

bukan apa Jah, akak suka idup sesenyap. akak ni suka pikir lelama. pikir2 entah hapa2 la tak habih2. pastu kalo akak cakap banyak2 ataupun dengar org bercakap banyak2 akak tak leh tido malam. asyik terdengar2 je bualan org tu berkali2. so otak tak senyap cam tu. kalo otak tak senyap, hati pun tak senyap kan, so hati pun asyik kelam kabut cam tu.
rindu org kampong tak usah cakap la Jah, masa mengandung especially, rindu nyer masak mak akak. tapi nak buat cam ne kan dah jauh. ko nak tahu Jah cam mana nak buat tempoyak tanpa durian. Hah ni rahsia besa akak nak share ngan ko. tapi masalah nyer tempoyak ni hijau bukan kuning ye cam tempoyak biasa. tapi texture ngan rasa alamak macam tempoyak sebijik dan tanpa bau, kalau suka tempoyak tak bau la. resepi ni khas utk org yg mabuk tempoyak tapi tak de ekses ke buah durian ye. kata la ko travel pastu teringin sgt nak makan. ataupun ada prg mengidam tapi dok obersea boleh la cuba ye. ok kita stat ye.
memula ko beli avocado yg kulit itam tu. picit2 sket, cari yg lembut. nanti 'tempoyak' kau lembut je cam tu. pastu kau guna sudu keluarkan isi buah tu. pastu lenyek2 sampai tak de ketul2. pastu letak garam dgn air lemon (ala limau kuning tu apa kena nama nyer, lupa la), lagi masam, lagi rasa cam tempoyak. tapi kau duduk mesia tak yah risau la pasal tak da stok tempoyakkan.
ok la Jah akak nak gi tido ni. nanti kita sambung lagi yek. kirim salam kat cem yek.